Berita gembira itu dikongsikan pengacara terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di laman X (Twitter) miliknya pada hari yang sama.
“Mengacarakan majlis pernikahan Babah, Qi Razali dan Wardah,” tulisnya.
Menariknya, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Wardah, turut menjadi tumpuan apabila memilih untuk menyolek dirinya sendiri pada hari bahagia mereka. Difahamkan, Wardah merupakan seorang jurusolek profesional.
“Disebabkan pengantin perempuan seorang jurusolek, jadi dia solekkan dirinya sendiri,” tambah Fedtri.
Pasangan itu kelihatan serasi dan anggun mengenakan busana pengantin serba putih dalam majlis akad nikah yang diadakan secara sederhana.
Difahamkan, majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Gopeng, Perak itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.