[VIDEO] ChatGPT, AI tidak punya ‘roh’, dunia penulisan novel masih ‘bernyawa’ diadaptasi ke layar perak

Namun di sebalik kemajuan teknologi itu, suka atau tidak buku ilmiah, novel, komik dan sebagainya masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Novelis terbitan Blink Book, Rashiela Nurain Rasid, 38, menjelaskan percambahan teknologi dalam dunia buku merupakan peluang yang lebih luas untuk penulis mengembangkan lagi kerjaya tersebut.

 

 

Wanita berasal dari Sabah itu mengakui, pada tahun pertama melangkah ke dunia penulisan, ia amat mencabar kerana keringat berkarya itu masih belum membuahkan hasil.

Bagi menghasilkan penulisan berkualiti dan versetail, wanita berketurunan Iban ini mengakui mendedahkan dirinya untuk menulis pelbagai genre.

“Hingga kini saya telah menghasilkan 30 naskah buku pelbagai genre seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa seperti Cik Akademik Lawan Samseng Mereng,” ujarnya.

Setiap penulis pasti mempunyai impian menghasilkan karya yang boleh diadaptasi kepada dunia perfileman dan Rashiela Nurain turut menyimpan cita-cita tersebut.

“Sama juga dengan filem atau drama yang diadaptasikan daripada novel. Mungkin belum rezeki saya lagi untuk dapat peluang seperti itu.

“Tetapi ingin saya war-warkan, penulis buku akan mendapat royalti daripada pembikinan cerita di kaca televisyen atau wayang dan ada di antaranya dibayar mengikut episod,” jelasnya.

Rashiela di PBAKL semasa sesi meet and greet bersama penulis di reruai BLINK BOOK

Kemunculan buku digital dan audio bukan satu cabaran buat wanita ini, bahkan beliau merasakan ia seperti percambahan baharu dalam dunia penulisan.

“Inilah satu peluang sebenarnya. Contohnya, saya suka sangat dengan buku audio. Saya dengar orang cerita kisah-kisah menarik menggunakan peranti mainan audio sambil basuh pinggang lagi,” terangnya.

Rashiela Nurain turut menekankan tiada istilah orang muda malas membaca dengan kehadiran teknologi seperti AI atau Chat GPT.

“Penulis tak akan mati dengan adanya AI atau Chat GPT. Benda itu tidak ada kekuatan emosi yang tepat, rohnya tiada dan jiwa tak sampai.

“Bagaimanapun, bagi saya sebagai manusia dan penulis sepatutnya kita perlu jadinya sebagai pembantu. Adakalanya saya juga guna Chat GPT untuk bantu saya dapatkan info,” jelasnya memiliki impian membuka akademi penulisan kanak-kanak dan remaja kelak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *