[VIDEO] ‘Hidden gem’, lokasi ‘OOTD’, swafoto menarik seolah-olah dalam hutan di tengah KL

Bahkan mereka berkongsi di media sosial sejurus potret terakam oleh lensa kamera sama ada menerusi telefon pintar atau kamera aksi.

Kini, lokasi merakam detik kenangan itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di dalam premis perniagaan.

Menariknya di dalam premis tersebut tersembunyi suatu lokasi untuk sesi 'OOTD' (outfit of the day) selain berswafoto.

Mengapa ia tersembunyi? Ini kerana untuk ke lokasi tersebut anda akan melintasi kawasan pokok dan bunga-bunga hiasan hingga menemui sebuah pintu kecil yang diperbuat daripada batu-bata.

Di sebalik pintu tersebut, terdapat laluan gelap diterangi dengan lampu hiasan malam serta bunyi cengkerik seakan-akan berada di dalam hutan.

Kemudian terdapat sebuah khemah untuk pengunjung bersantai sambil membaca buku atau berehat. 

Suasana di situ amat mendamaikan kerana tidak ramai pengunjung tahu kewujudan lokasi tersebut.

 Namun, persoalan kini, wajarkah lokasi-lokasi 'OOTD' atau berswafoto ini ditularkan kepada orang ramai? Tepuk dada tanya selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *