Ini terbukti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 kekal utuh apabila penganjurannya memasuki usia 42 tahun sejak dianjurkan pada tahun 1981.
Segment Eksplorasi@Mj kali ini, menerjah ke PBAKL 2025 di Pusat Perdagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur yang bermula hari ini hingga 1 Jun dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Bagaikan lautan buku, pelbagai genre buku ilmiah, majalah, novel dan komik boleh diperoleh dengan diskaun mencecah hingga 80 peratus dan lebih menarik pengunjung berpeluang bersemuka dengan penulis terkenal negara.
Pameran tahun ini lebih meriah apabila reruai buku memenuhi dari aras bawah hingga tingkat lima termasuk pemberian cenderamata eksklusif percuma daripada syarikat penerbitan terpilih.
Bagi anda yang berhasrat ke PBAKL 2025, anda dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta.
Ikuti video tinjauan penulis pada hari pembukaan PBAKL 2025 dalam Segmen Eksplorasi@Mj di Majoriti. Rancang perjalanan anda untuk hadir ke sini seterusnya mendapatkan pelbagai tawaran menarik dan buku yang hebat-hebat. — Majoriti