Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, wanita tersebut yang juga merupakan jemaah haji itu bergegas memberi pertolongan kecemasan.
Dalam video sama, jemaah lelaki warga emas berasal dari Lebanon dilihat duduk bersandar di sebuah tiang sambil menahan kesakitan.
Warga negara Indonesia berhasil menyelamatkan nyawa seorang jemaah haji asal Lebanon yang mengalami serangan jantung
Tanpa ragu, wanita bernama Rachmawaty Ahmadi terus menghampirinya dan menepuk lengan dan mengurut tangan jemaah berkenaan.
Menurutnya, jemaah tersebut mengalami serangan jantung dan menangis menahan sakit.
“Dengan bacakan Bismillah, saya cuba apa yang saya tahu dan pernah baca. Alhamdulillah jemaah tersebut sihat dan boleh kembali solat,” tulisnya di akaun instagramnya.
Jemaah itu juga kemudiannya diberikan air oleh beberapa jemaah lain yang berada di kawasan berkenaan.